Saya Sudah Dewasa - Post Jamuan Hari Raya dan Expecting a Baby Mood

|
Ya saya sudah dewasa. Baru beberapa hari lepas saya dan isteri mengadakan rumah terbuka di rumah kami. Buat ulung kalinya kamilah host sebuah jamuan hari raya. Tidak pernah dalam sejarah hidup kami. Of course, tugas masak-masak tu telah dibahagikan sesama ibu kami masing-masing. But still, kena organize gak! Haha. Terima kasih kepada mereka yang membantu menjadikan majlis ini satu sukses. Terima kasih mak-mak, keluarga dan juga rakan!

Bersyukur kami pada Allah, ramai juga orang yang hadir. Tak rugi makanan yang dimasak oleh mak-mak kami. Memang tak sangka ramai juga kawan yang kelaparan dan mencari tempat untuk makan free.

Terima kasih rakan-rakan yang hadir. Saya meminta ampun kepada mereka yang tidak dijemput. Bukan kerana kami terlupa ataupun tidak mahu jemput (some memang kami terlupa - extra maaf!), tapi kerana rumah kami tidak begitu besar dan budget kami amat terhad.

Lain kali jikalau saya mempunyai kesempatan dan budget yang lebih besar sudah tentu saya buat pool side party dan semua rakan dijemput hadir - siap mereka yang terlalu jauh, kami akan sediakan plane ticket dan jemput dari airport. Buat sementara ini, itu hanyalah impian nun jauh di hujung mimpi (dalam mimpi pun nun jauh kat hujung2, apatah lagi dalam realiti).

Memikir sejenak tentang majlis yang tidak seberapa tetapi membuahkan pelbagai kenangan itu, saya sedar bahawa sememangnya bukan saya sahaja yang sudah seakan-akan dewasa, tetapi rakan-rakan yang lain juga. Mereka datang dengan membawa diri masing-masing yang sudah melangkah ke alam pekerjaan, dengan sut dan tie (takdela sut dan tie masa datang hari tu kan, saja tulih).

Perbincangan tidak lari jauh. Boleh dirumuskan dengan dua perkataan, kisah silam dan alam pekerjaan (langsung bukan dua perkataan, more like lima). Walaupun masih terdapat beberapa yang masih belajar, namun visi dan misi mereka menggambarkan seseorang yang sudah bersedia untuk mengharungi kehidupan selepas belajar.

Terdapat juga kawan yang pada suatu ketika dulu tidak ada seorang rakan gadis (basically awek tapi entri ni sangat proper bahasanya, taknak spoil la dengan perkataan 'awek'). Azmin, ye tahniah awak sudah berpunya. Setelah lebih 10 tahun mengenali dirimu, inilah pertama kali saya melihat raut wajah manja dan gembira dalam satu masa yang sama (ye ar dulu takde awek, if ko buat muka manja gak kat depan aku ke man memang nak kene penampar ar kan - dengan ejat aku tau ko dah biasa buat). Shasha tu nampak baik orangnya, jangan spoil, jaga dia elok-elok and lihat suatu hubungan itu sebagai investment jangka masa panjang. Tahniah Min, satu perenggan khas untuk kau je - damn.

Ada juga yang hadir pada hari itu dengan isteri dan anak (yang bawak anak tu lebih kepada saudara, kawan-kawan yang ada anak tak hadir pulak). Fahman dan Fitriyah, Fiza dan Syamil, mereka hadir sebagai pasangan lelaki-isteri yang belum sampai usia 1 tahun lagi. At least Fiza dan Syamil dah boleh expect anak dah dalam masa beberapa bulan lagi, Fahman dan Fitriyah bila lagi? C'mon man don't dilly dally. Insya'Allah anak kita boleh jadi playmate. Sofeah dan Suhaila (sedap aku bagi nama untuk anak ko, takpe bila dah betul ada nama anak ko bagitau aku and aku edit sikit entri ni).

Apa yang buat saya rasa lebih seperti seorang dewasa adalah anak yang bakal lahir dari perut isteri saya dalam masa lebih kurang 3 minggu lagi. Sekarang ni bayi tersebut masih selesa tucked in perut mak dia. Mak dia je kurang selesa sebab anak tu aktif sangat.

Untuk anak ku yang dikasihi, dirindui dan disayangi (kasih dengan sayang macam sama, tapi sebenarnya tak), jika sudah bersedia untuk lahir, lahirlah sebagai seorang anak yang taat kepada Allah dan kami, ummi dan ayah. Jadilah anak yang sopan santun dan berbudi pekerti mulia. Jadilah anak seperti mana TV Pendidikan selalu promote. Jadilah anak yang beriman dan solehah (kami ada sebab untuk expect anak ni anak perempuan). Jadilah anak yang menyayangi kami dan menghargai kami sebagai ummi dan ayah. Kami janji akan menjaga kamu sepertimana telah diajar dalam iklan-iklan kerajaan yang berunsur kekeluargaan.

Anak kami dijangka keluar pada 10.11.2008. Sekarang 20.10.2008 dan ini bermakna dalam masa 21 hari lagi, anak kami akan menggelungsur keluar dari perut isteri saya dan melompat ke dakapan ibunya dengan bantuan doktor yang menyambut dia. Namun, itu adalah berdasarkan ramalan doktor. Doktor ramal, Allah yang menentukan. Basically, any moment from now the baby will start sliding out gleefully.

Sofeah (jika betul sepertimana yang kami lihat waktu scan), ayah ada trial kat court awal bulan hadapan antara 3-15 November. Ayah cukup malas nak pergi walaupun kerja nak prepare untuk trial-trial pada sepanjang tarikh tersebut telah dibuat dengan usaha yang tidak dapat ditandingi (ada 3 trial dalam 2 minggu). Ayah appreciate sangat jikalau Sofeah boleh keluar dalam 3 November camtu sebab ayah boleh ambil leave selama at least 1 minggu and tidak perlu pergi trial-trial tersebut. Remember, ayah sayang Sofeah sangat-sangat.

Cepat masa berlalu. Dewasa dah saya. Dewasa dah ayah kamu.

4 comments:

Faridatul Bariza Binti Md Nasir said...

Hehe..yea ayah dah dewasa..tp still kadang2 ayah awak ni macam2 budak2 juagk..hehe..but maintain comel..hikhik..love you hon..tgk ayah malas nk pi court tue..sofeah dgr ckp ayah ye..hehe

Shasha Dandelion said...

thanks cz hargai sha dlm kehidupan "kwn" korg sume..hehe..doakan sha wif min kekal k..doa seorg sahabat lebih ternilai..jdi la ayah yg bley buat anakmu sofeah bangga..n bley buat wife wan bangga(faridatul)..wlpun ape yg melanda.hopefully dpt mhrungi dgn tabah..n jdi seorg ayah yg lebih bfkiran dewasa..hehe..(tajuk pun saya sudah dewasa)ahahks!!..ok la semoga b'bahagia smpai akhir hayat...also faridatul skaly..tke cre your baby..ia anugerah allah yg pling bhrga buat korg..(^^,)

diana ghazali said...

saya suke la entri kali ni.
seronok membaca kisah si ayah yg menyuruh anaknye menggelongsor keluar cepat.
1. dah tak sabar2 nak tgk anak
2. nak dpt cuti. hehehe. yela, hati sape yg akan tenang kat court kalo hati ingt isteri yg akan melahirkan pada bila2 masa je kan.

Cute la korang. mesti Sofeah akan terhasil menjadi baby girl yg sungguh cute.

wun said...

farisya: haha mmg sesungguhnya ayah kamu mals nak gi court...bosan!

shasha: terima kasih kerna memberi peringatan

diana: anak ni nak kene menggelongsor keluar sedang2, takleh cepat sgt..haha. if kuar cepat nnt takleh amek cuti waktu court period..bosan! insya'Allah sofeah cute...hee.