Sakit...sakit!!!!!

|
Selalu saya berkata pada diri sendiri, life is about compromise. You win some you lose some. Tetapi kadang kala saya sendiri tidak dapat mengikuti philosophy tu. Rasa macam nak menang semua.

Terfikir jua, siapalah saya ni? Saya memang tidak sama dengan orang lain, kuat, tegap, berani dan macam-macam lagi. Saya ni lemah dan mudah mengikut perasaan.

Macam mana nak terus bangga if this is how it's going to be?

Macam-macam dah cuba. Namun semuanya mengeluarkan result yang kurang memberangsangkan. Nak buat macam mana?

Memang betul life kena compromise. Saya tolong dia, dia tolong saya. Jika saya putar dia ke kiri, dia patut bergerak ke kiri. Tapi bukan itu yang terjadi. Dia degil.

Inikah yang kita kata compromise? Jika satu lagi pihak tak nak berganjak walau apa jua cara? Meluat juga dengan keadaan. Kadang-kadang tu memang semua jadi penat. Fizikal jangan ceritalah, mental pun sama ikut penat.

Aku benci.

Sakit dah segalanya. Sudah tak dapat nak genggam lagi. Merah-merah dah, hati, perasaan dan segalanya. Saya ni bukanlah orang yang suka terlalu mengharap, tapi kalau dah tak boleh tu memang kecewalah.

Apa saya nak buat?

If tak dapat memang meranalah walaupun buat seketika. Lapar, penat, lali semuanya ada.

Penatlah macam ni. If betul benda ni dah buat seperti yang sepatutnya, kenapa tidak semua orang dapat merasa hasilnya? Kenapa berpihak kepada yang lebih mampu sahaja?

Bukankah itu bias?

Haiiiii penutup botol jem. Memang ko tak nak aku makan jem kat dalam tu yer.

~ ini bukan kisah benar. kebelakangan ni saya membaca blog orang-orang yang emo dan suka memberi luahan perasaan yang melampau. saya juga teringin menulis blog entri yang sedemikian rupa namun tidak ada modal. jadi saya cuba dengan sesuatu yang fictitious. memang tulih blog dengan emo (tanpa menyentuh hal politik) agak memuaskan hati~

hee...reading it again would make better sense i suppose.

4 comments:

Faridatul Bariza Binti Md Nasir said...

huh?..ye ke botol jem..hmm..

wun said...

jem laa..jem yang tak wujud...lalalaaa~

Shasha Dandelion said...

hahah..igtkan pe la..kdg2 mluahkan perasaan..lega jugak..hahah..hnya krn jem..

wun said...

yup meluahkan perasaan walaupun untuk buka botol jem yang ketat pun memuaskan hati...

welcome awek min!