Hand Me My Privacy Please

|
Saya ada pengakuan. I like my privacy.

Menjak di zaman persekolahan, zaman universiti dan sekarang zaman pra dewasa (atau memang dah dewasa pun). Tapi privacy ni memang susah la nak dapat sebabnya dunia sedang melalui era globalisasi di mana arus global akan menentang apa sahaja yang sudah menjadi resam manusia dan membentuk satu resam baru yang diatur oleh the super powers of the world.

Merepek? Yes indeed.

Walaupun context perenggan kat atas tu terlampau luas dan lebih tertumpu kepada dunia, tapi dalam context kehidupan harian saya sendiri pun rasa lebih kurang camtu.

Masa zaman persekolahan dulu memang tak boleh nak buat apa. Duduk dengan mak dan ayah, pastu adik beradik ada 5 orang termasuk saya. Nak tak nak bilik kena share and remote control kena berebut (sebenarnya tak berebut pun, kat rumah tu dulu basis control adalah siapa dulu dia punya).

Zaman universiti barulah belajar berdikari dan hidup sendiri. Oh tapi tak boleh lupa zaman matrikulasi. Hidup sendiri, hanya dari segi tak ada pertolongan mak (ayah dah meninggal tak sempat tengok anak dia belajar tinggi-tinggi). Tapi dari segi privacy memang jangan harap. Satu bilik duduk 14 orang - tahniah!!

Then betul-betul masuk belajar kat Universiti. Kat Universiti privacy dah slowly ada tapi still lebih kurang je. Satu bilik 4 orang and ada compartment sendiri masing-masing -- kira okay la tu kan.

But, still tak boleh elak, samada orang datang bilik melepak, orang datang nak study sama or nak buat assignment ke apa. Tu memang redha la kan. Tu tak apa. Ada pulak kawan punya kawan datang melepak -- tu kurang sikit tapi boleh lagi accept. But kekadang tu tak boleh tahan gak. Kena pulak dulu duduk bilik, saya seorang je ada komputer. Jadi tempat melepak laa. But sama-sama roommates memang tak kesah, it's 'the others' yang I'm forced to accept.

Tak suka kadang-kadang tu bukan apa, nak kata ganggu tidur tak jugak. Lantak la nak buat apa, tidur tetap tidur jugak. It's just, suka nak duduk sendiri so that boleh buat hal sendiri.

Which brings me to my point. Sekarang duduk kat rumah sendiri dengan isteri dan anak. Sure sometimes orang datang, samada jemput ataupun tidak memang saya tak kisah. Provided they realise I am the man of the house and they are guests.

Saya memang tak kisah orang nak datang, nak tidur pun I don't mind. Tapi don't get too comfortable because I still want this house to be my immediate family's sanctity. Boleh lepak depan TV baring bersama isteri dan anak, boleh memekak (sebenarnya membebel) tanpa perlu was-was orang dengar ke tak dan boleh bermain-main dalam rumah dan basically buat macam rumah sendiri.

Bila ada orang (dan tak ada privacy) rumah sendiri pun tak rasa cam rumah sendiri. I mean I would like to have the option of walking around the house naked (ni just the thought of it laa, meaning benda boleh la kalau nak sangat buat -- tak semestinya akan buat).

Sekarang ni dengan keadaan dunia globalisasi dan kita kena juga terima arus perubahan ni seadanya saya redha je la. Bukan tak suka perubahan but if semua benda dalam dunia ni berubah I would like at least my privacy to remain intact.

1 comments:

wahyun said...

aku ingat kenangan ini, waktu aku datang ke bilik ko utk buat kerja2 'drafting' CP I wan liza...olie...bawak air, makan...haha...
aku lupa istilah akan "persendirian" ini pada waktu tu...