Saya, Dr. Love

|

I’ve recently witnessed something that made me think? Apakah cinta dan bagaimana seseorang itu mengetahui samada dia sedang dilamun cinta atau ia hanyalah permainan perasaan.


Saya tidak takan tackle persoalan ini based on my analysis only, tapi saya akan relate sedikit sebanyak dengan pengalaman sendiri.


The thing is, baru-baru ini saya perhatikan salah seorang rakan lama saya bercinta. Memang, pada pendapat saya, ini adalah cinta pertamanya. He is not the same person as he was before (which is shy and just an alpha male sort of guy - but shy). Ini bukanlah sesuatu yang tidak baik untuk dirinya - sometimes people need to overcome their ego, in fact most of the time people need to do that!


Bagaimanapun, as is anyone who wants to commit to something, perasaan tidak yakin (syubhah) itu sentiasa berlegar dalam dirinya. Adakah dia ni the right one? Adakah ini cinta hati saya? Bolehkah saya dapat yang lebih baik? Adakah rugi jikalau saya lepaskan dia? Pada pendapat saya dia ni 50-50, macam tu dah cukup baik ke? Questions that can never be answered.


So let me relate to my own past... *Play in your mind the typical reminiscing sound*


Saya dan isteri saya telah berkenalan selama lebih kurang 3 tahun. Kami telah berkahwin selama 1 tahun (29.12.07 - yeah anniversary!!) dan sebelum itu pernah ”berpacaran” selama lebih kurang setahun lebih sikit.


Waktu kami berjumpa, isteri saya merupakan ”milik orang” dan dia kelihatan ”ok”. Tapi what can you do when you want someone kan ? Tidak lama kemudian saya dapat tahu dia tidaklah sebahagia yang disangkakan dan saya offer diri saya untuk membahagiakan dia - which turns out great.


So anyway, walaupun kami merasakan cinta kami tulus, ikhlas, setia and what not, still the relationship went like a rollercoaster. Kejap kat atas, kejap kat bawah.. Kadang-kadang mabuk, kadang-kadang sakit, kadang-kadang bosan, kadang-kadang gembira sangat-sangat. Biasalah kan? Naik rollercoaster pun macam tu.


Isu yang sentiasa menjadi penghalang kepada ultimate happiness waktu kami dating dulu ialah, kepercayaan dan karakter. Saya macam ni, dia macam tu. Dia ni tak yakin saya ni pula tak kisah. Lepas to top it all of, komunikasi kami hanyalah terhad kepada ”I Love you” dan “buat apa tu?”.


Adakala kami akan bercakap tentang masa depan, expectations, and everything else. Tapi masih, pada pendapat saya, kurang berkomunikasi secara mendalam tentang apa yang kita mahukan dan penerimaan kita terhadap karakter masing-masing. Bagi saya ini penting kerana jika dibiarkan, sampai satu tahap kita akan jemu atau berasa jengkel.


Tetapi yang paling penting ialah kepercayaan. In fact, waktu kami mula bercouple dulu memang isu paling serius yang boleh dikatakan menjadi penyebab kepada constant argument ialah ’trust’.

Waktu kami dating dulu kami berdua belum betul kenal diri masing-masing. So akibat saling tidak mengenali ini, kami sentiasa syakwahsangka dan berasa tidak senang hati. Dia ada kawan lelakinya dan saya ada kawan perempuan saya. Normal isn’t it?


But I had one friend whom she had always been jealous of (people who knows me well knows who this girl is). I know this and I didn’t care (at that time).. Bukanlah saya tidak kisah langsung, pada mulanya memanglah saya kisah juga. But even with the most outstanding assurance pun dia masih ragu-ragu, saya pun concede to my rebellious side.


Sampai satu tahap, saya kata saya sudah tidak larat dan saya pun minta clash. That, people, is both the most stupidest and the most intelligent decision I’ve ever made.

Stupid why? Because not only did I convinced this girl to leave another man for me - which was a rollercoaster ride of its own, emotionally and physically - but also because I deep down knew, dia ni lah gadis yang I want to spend the rest of my life with tetapi disebabkan perasaan ragu-ragu yang hanya wujud kerana ego saya sendiri saya lepaskan dia.


Intelligent because, ia mengubah diri saya dan juga diri dia. Kami somehow jadi lebih matang mentally dan juga memberi kesedaran tentang apa yang kami lepaskan, iaitu cinta. Well at least itu yang saya fikirkan. Bukanlah kami tidak berpeluang bertemu dengan orang lain, (because trust me, we were in the hunt and we both almost got something out of it - and almost miss out on each other for eternity) tapi takdir dah ditentukan, Alhamdulillah.


So my point is, walaupun cinta macam pasti dan cinta tu jelas, tidak semestinya ia tidak akan menyebabkan sebarang percanggahan pendapat antara dua pasangan dan tidak akan menyebabkan pertalian itu tegang. Cinta bukan perfect. Tetapi pada masa yang sama, tidak semestinya kerana adanya ketegangan itu maka itu bukanlah cinta. Again, cinta bukan perfect.

So apa yang pasti, ego tu mestilah dihadkan dan sebarang permasalahan mestilah diselesaikan dengan berkomunikasi. Sebab dengan hanya membiarkan ia, i.e. malas nak layan, taknak jawap SMS, taknak jawap panggilan semua tu memang tidak akan menyelesaikan apa-apa.


Pada setiap masa kita malas nak layan, kita merugikan masa kita mengenali diri masing-masing. Ia juga merugikan masa kita untuk menentukan perasaan kita sendiri, samada hendak meneruskan hubungan ini atau tidak. Apa gunanya kita merugikan masa kita untuk menentukan perasaan sendiri apabila akhirnya kita decide untuk tidak meneruskan hubungan tersebut?


Spend as much time as you can muster learning about each other or better yet just marry and spend your time learning about each other then. Itu bagi saya, adalah cara yang terbaik. Perkahwinan memang akan mengubah segalanya, and trust me, it’s way better.


Tolak ego, tolak cacat cela, tolak perasaan ragu yang disebabkan perkara remeh dan fikirlah, adakah cinta ini boleh kekal? If it an instant, yes, then just marry. Kahwin ni elok sebab kita tidak akan berasa serba salah dengan Allah (which is the main reason why we start to have doubts) and also, kita akan lebih rapat dan sebarang masalah mesti diselsaikan tanpa boleh didolak dalih.


*Ini sebenarnya a form of advise tapi tidak mahu ‘directly’ advise the intended subject. Harap faham.

0 comments: